Tiga nama ganti ten Hag di Old Trafford

Iklan
De Zerbi (kanan) dan Pochettino antara nama yang dikaitkan dengan United.

SEKURANG-kurangnya tiga nama telah disenaraikan untuk mengambil alih jawatan Erik ten Hag di Manchester United.

United sedang mencari pengurus terkemuka dan sudah mempunyai tiga nama dalam senarai pendek, menurut wartawan sukan terkemuka Itali, Gianluca Di Marzio seperti dilaporkan oleh Sportskeeda.

Iklan
Iklan

Khabar angin bertiup kencang mengatakan ten Hag bakal dipecat sejurus perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City di Wembley pada Sabtu ini.

"Keputusan telah pun dibuat walaupun perlawanan akhir Piala FA masih belum dimainkan,” kata Di Marzio.

Iklan

Menurut Di Marzio, tiga individu yang berpotensi menggantikan ten Hag adalah Kieran McKenna, Roberto de Zerbi dan Mauricio Pochettino yang baru sahaja dipecat Chelsea.

"Sumber dalaman kelab mendedahkanbahawa United berhasrat memulakan perbincangan tidak lama lagi,” katanya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!