Kanak-kanak perempuan hilang sejak Isnin lalu

Iklan
Thiriyashini Murali Krishna dilaporkan hilang sejak 20 Mei lalu - Foto Facebook Polis Daerah Mua

JOHOR BAHRU - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Muar menerima laporan mengenai kehilangan Thiriyashini Murali Krishna yang beralamat di No 29 Jalan Jaya 2/8, Taman Pagoh Jaya, Panchor, Muar, Johor.

Iklan
Iklan

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat lokasi individu berkenaan boleh terus menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Amy Ng Heng Shi di talian 016-6870718,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di talian 06-9564800 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran sekiranya mempunyai sebarang maklumat. - Bernama

Iklan

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!