Eda Ezrin terpaksa nyanyi dalam keadaan 'takut-takut' di negeri sendiri

Iklan
Penyanyi lagu daerah, Eda Ezrin yang sedang popular dengan lagu 'Bea sobar bea, Bea rilek bea, Jange jange wi jadi gegey' mengakui beliau terpaksa menyanyi dalam keadaan 'takut-takut' di negeri sendiri.

PENYANYI lagu daerah, Eda Ezrin yang sedang popular dengan lagu 'Bea sobar bea, Bea rilek bea, Jange jange wi jadi gegey' mengakui beliau terpaksa menyanyi dalam keadaan 'takut-takut' di negeri sendiri.

Pemilik nama Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, itu berkata, beliau faham dengan situasi di Kelantan yang tidak membenarkan wanita membuat persembahan di khalayak ramai.

Iklan
Iklan

"Situasi itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus menyanyi. Bakat ini merupakan punca rezeki kepada saya.

"Alhamdulillah, walaupun di Kelantan sukar tetapi saya ada menerima jemputan di seluruh negara sehingga tidak menang tangan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Menurut anak kelahiran Kota Bharu itu yang sudah 10 tahun berkecimpung dalam seni suara, pada Oktober ini beliau akan ke Brunei untuk mengadakan persembahan.

Lagu 'Cinta Setandang Pisang' yang dinyanyikan bersama Den Manjo telah melonjakkan namanya sebaris dengan penyanyi tempatan yang ada di Malaysia.

Ujarnya, lagu 'Cinta Setandang Pisang' yang dinyanyikan bersama Den Manjo telah melonjakkan namanya sebaris dengan penyanyi tempatan yang ada di Malaysia.

Iklan

Malah kata beliau, lagu tersebut juga telah menjuarai Carta Muzik TikTok Malaysia sekali gus mempopularkan loghat Kelantan di mata dunia.

Eda Ezrin memberitahu, beliau akan muncul dengan lagu baharu tidak lama lagi bersama Man Khan serta Adek Wanie dan turut sama menyanyikan lagu solo.

Katanya, selain menyanyi beliau turut sibuk membuat 'review' produk kecantikan dan makanan sebagaimana diminta oleh pelanggan.

Sebelum ini Eda Ezrin pernah popular dengan lagu Adik Jando Abe Dudo duet bersama Den Manjo, Boya Darat (duet bersama Nadieya) dan banyak lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!