Sekali lafaz, Zahnita Wilson sah isteri Farouk Osman Yunus

Iklan
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Farouk Osman Yunus dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung pagi tadi.

PELAKON dan model Zahnita Wilson selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Farouk Osman Yunus dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung pagi tadi.

Menurut laporan Utusan Malaysia, pasangan tersebut disatukan di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri ahli keluarga, saudara-mara serta rakan terdekat.

Iklan
Iklan

Zahnita atau nama penuhnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson dinikahkan oleh abangnya, Mohd. Julian Hussein dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Daerah Sepang, Mohammad Nazri Sobirin.

Dalam majlis berkenaan, Zahnita menerima mas kahwin sebanyak RM300 selain hantaran berupa dua bentuk cincin serta kelengkapan solat.

Iklan

Kedua-dua mempelai tampil sedondon dalam persalinan serba putih hasil sentuhan Ruby Signature.

Terdahulu, Zahnita pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor sebelum perkahwinan selama 20 tahun itu berakhir dengan perpisahan.

Iklan

Hasil perkahwinan terdahulu, Zahnita dikurniakan empat orang cahaya mata. - Gempak