Ahli Parlimen parti pemerintah Bangladesh dibunuh semasa lawatan ke India

Iklan
Gambar hiasan

NEW DELHI - Seorang Ahli Parlimen dari parti pemerintah Bangladesh yang tiba di India untuk rawatan perubatan telah dibunuh di ibu negeri Bengal Barat, Kolkata.

Anwarul Azim Anar, 56, seorang ahli Parlimen selama tiga penggal pergi ke India pada 12 Mei dan hilang pada hari berikutnya, menurut laporan Agensi Berita Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS) pada Rabu.

Iklan
Iklan

Ahli politik Liga Awami itu mewakili kawasan pilihan raya di daerah sempadan Jhenaidah.

Polis India telah menemukan mayat Anar dari sebuah apartmen di kawasan New Town di Kolkata, lapor BSS.

Iklan

"Setakat ini, kami telah mengetahui bahawa semua individu yang terlibat dalam pembunuhan itu adalah warga Bangladesh. Ia adalah pembunuhan yang dirancang," kata Menteri Dalam Negeri Bangladesh, Asaduzzaman Khan.

Anar mempunyai ramai kawan di India dan seorang daripadanya ialah Gopal Biswas, seorang peniaga emas, di mana MP Bangladesh itu tinggal sebelum dia hilang, lapor Telegraph.

Iklan

Anar keluar berjumpa doktor pada 13 Mei tetapi tidak pernah kembali.

Sementara itu, Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina melahirkan rasa terkejut dan sedih atas kematian ahli politik partinya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!