Penganggur didenda RM1,500 tumbuk pipi bekas isteri

Iklan
Mohamad Nazri (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret pada Selasa.

ALOR GAJAH - Gara-gara cemburu, seorang penganggur didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, selepas mengaku bersalah menumbuk pipi bekas isterinya pada Rabu lalu.

Tertuduh, Mohamad Nazri Zainal, 28, yang merupakan bapa kepada dua anak membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Teoh Shu Yee.

Mohamad Nazri (tengah) mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada Selasa kerana menumbuk pipi bekas isterinya.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja telah menumbuk pipi bekas isterinya berusia 25 tahun di sebuah kondominium di Simpang Ampat di sini, jam 8.21 malam pada 15 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Sharina Farhana Nor Sa'ari mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran lebih-lebih lagi mangsa merupakan bekas isterinya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan dengan alasan tidak mempunyai pendapatan setelah berhenti kerja beberapa bulan lalu selain mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Iklan

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang telah bercerai sejak dua tahun lalu bertindak mencederakan mangsa kerana cemburu melihat mangsa berpakaian cantik untuk keluar rumah.

Majistret Shu Yee kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Dalam prosiding sama, tertuduh mengaku bersalah memberi kepada diri sendiri dadah berbahaya jenis methamphetamine di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Alor Gajah kira-kira jam 9.30 pagi pada 16 Mei lalu.

Pendakwaan bagi pertuduhan itu dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dibaca bersama Seksyen 38B akta yang sama yang boleh didenda RM5,000 atau maksimum dua tahun dan pengawasan tidak kurang dua tahun tetapi tidak melebihi tiga tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM1,600 dan menetapkan 29 Julai depan untuk serahan laporan patologi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!