Remaja Rohingya ditemui maut, leher ditetak

Iklan
Hasil serbuan, polis menahan empat individu terdiri daripada seorang lelaki tempatan serta dua lelaki dan wanita etnik Rohingya. Gambar hiasan

KOTA BHARU - Seorang lelaki etnik Rohingya ditemui mati dengan kesan luka hiris dan tetak pada leher di sebuah rumah kongsi berhampiran tanah perkuburan Islam di Taman Desa Kujid, Kampung Pak Boh di sini pada awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, Pusat Kawalan Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menerima maklumat mengenai penemuan mangsa kira-kira jam 12.12 tengah malam.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah kongsi berhampiran tanah perkuburan Islam di kawasan berkenaan.

"Mangsa merupakan seorang lelaki etnik Rohingya berusia 18 tahun yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

Iklan

"Mangsa mengalami luka-luka hiris dan tetak di leher," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ujar beliau, susulan maklumat itu, satu laporan polis dibuat berhubung kejadian berkenaan.

Iklan

Mohd Yusoff memberitahu, bertindak atas maklumat dan hasil siasatan, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan kemudian menjalankan serbuan di sebuah rumah tanpa nombor di kawasan Taman Desa Kujid, Panji, di sini.

"Hasil serbuan, polis menahan empat individu terdiri daripada seorang lelaki tempatan serta dua lelaki dan wanita etnik Rohingya berusia antara 22 hingga 38 tahun.

"Semakan mendapati kesemua individu yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Menurut beliau, pihaknya turut merampas sebuah Mitsubishi Triton bersama kunci serta empat telefon bimbit bagi membantu siasatan.

Ujarnya, kesemua tangkapan direman selama tujuh hari bermula 19 hingga 25 September selepas permohonan reman dibenarkan Mahkamah Kota Bharu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan atau menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Kota Bharu di talian 09-775 2200 atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi di media sosial yang boleh menjejaskan siasatan," katanya.