Pelajar dari AS teruja lihat telur tuntung menetas, tangkap kura-kura
Iklan
Selain melihat telur tuntung yang baru menetas, Gaillard bersama pelajarnya turut melakukan kerja penangkapan kura-kura air tawar.
KEMAMAN - Sekumpulan pelajar dari Dalton State College, Georgia, Amerika Syarikat teruja melihat telur tuntung menetas di sekitar Kampung Pasir Gajah dan Kampung Air Putih di sini.
Rombongan selama lapan hari yang diketuai oleh pensyarah Dalton State College, Dr Daniel Gaillard itu disertai seramai lapan orang pelajar.
Iklan
Iklan
Gaillard menyatakan selain melihat telur tuntung yang baru menetas, dia bersama pelajarnya turut melakukan kerja penangkapan kura-kura air tawar.
Gaillard memegang kura-kura.
"Saya dan pelajar-pelajar berasa puas hati dan bangga dapat menolong anak tuntung yang baru menetas selain berpeluang melepaskan anak tuntung ke dalam sungai sebagai usaha membantu melonjakkan semula populasi tuntung di dalam sungai.
Iklan
"Sepanjang berada di Kemaman, kami melakukan kerja penangkapan kura-kura air tawar dan berjaya menangkap lapan ekor kura-kura katup dan dua ekor kura-kura kolam," katanya ketika ditemui di Pusat Pemuliharaan Tuntung di sini baru-baru ini.
Gaillard (empat dari kiri) bersama pelajar dari Dalton State College, Georgia, Amerika Syarikat
Sementara itu, Pengasas Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-kura dan Labi-labi Malaysia (TCS), Dr Chen Pelf Nyok berkata, rombongan dari Dalton State College itu turut menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kajian penyelidikan tuntung dan juga konservasi tuntung di sekitar Kemaman.
Iklan
"Semasa berada di sini mereka melakukan kerja lapangan berkenaan dengan tuntung dan kura-kura di Malaysia termasuk tukaran budaya dengan komuniti setempat.
"Sebagai contoh memasang perangkap untuk menentukan populasi tuntung dan kura-kura di beberapa 'wetlands' di sekitar Kampung Pasir Gajah dan Kampung Air Putih serta menjalankan aktiviti pembersihan pantai di Pantai Teluk Mak Nik.
"Mereka juga berjaya memerangkap beberapa jenis kura-kura termasuk!kura-kura katup dan kura-kura kolam di sekitar Kampung Pasir Gajah.
"Jadi kita sentiasa mengalu-alukan lawatan pelajar-pelajar dari Dalton State College kerana kerjasama yang dipupuk bukan sahaja mengeratkan silaturahim antara Geng Tuntung serta pelawat malah Geng Tuntung juga berpeluang mempelajari teknik kajian tuntung dan kura-kura daripada Dr Gaillard," ujarnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Hidangan ikan baung masak tempoyak merupakan menu wajib dicuba bagi pengunjung yang melalui Kampung Basung, Hulu Terengganu untuk ke destinasi tumpuan pelancong di Tasik Kenyir, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Pemilik restoran Mr Baung, Latifah Abdullah, 53, berkata, sepanjang musim cuti persekolahan kali ini, premisnya menerima peningkatan jumlah pelanggan sehingga mencecah 1,000 orang sehari.
Menurutnya, disebabkan sambutan hangat itu mereka perlu menambah kuantiti hidangan tersebut daripada 50 kilogram (kg) pada hari biasa kepada 200kg.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667876/edisi/terengganu/hidangan-baung-masak-tempoyak-jadi-buruan-musim-cuti-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com