Taman Eko Rimba Kuala Lumpur

Iklan
Orang ramai memanfaatkan masa cuti hujung minggu untuk beriadah bersama keluarga di hutan yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu Taman Eko Rimba Kuala Lumpur ketika tinjauan hari ini.

Taman yang terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Nanas ini mempunyai trek yang selamat untuk para ibu bapa membawa anak kecil mereka untuk meneroka alam semulajadi selain tarikan utama iaitu canopy walkway sepanjang 200 meter dengan ketinggian 18 meter.

Taman ini juga unik kerana disebalik hutan yang dijaga rapi, pengunjung juga boleh melihat Menara Kuala Lumpur dan Menara Merdeka 118 yang menjadi mercu tanda Kuala Lumpur.

Tiket boleh didapati di pintu masuk taman tersebut dengan harga RM10 untuk dewasa, RM1 bagi kanak-kanak dan warga emas (pemegang MyKad) manakala bagi pelancong, RM40 bagi dewasa dan warga emas dan RM5 bagi kanak-kanak.