Ambil tindakan tegas ke atas pihak buat kekacauan hingga ragut nyawa - PM

Iklan
Anwar Ibrahim. Foto Bernama

ASTANA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.

Mengulas serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi ini, Anwar berkata, beliau menyokong segala usaha dilakukan oleh polis dan meminta rakyat memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

"Soal keamanan kita tidak tolak ansur, kerajaan akan tegas. Nyawa rakyat adalah keutamaan kita, tiada maknanya kemajuan kalau keamanan tidak dikawal.

"Tindakan keras akan diambil bagi menghentikan kegilaan (keganasan) ini dan saya menyokong penuh langkah diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan

"Minta rakyat beri kerjasama, sentiasa berwaspada dan jangan bagi peluang kepada golongan jahat ini," katanya pada sidang media pada hari terakhir lawatan kerja rasmi dua hari ke Kazakhstan di sini pada Jumaat.

Dua anggota polis dan seorang suspek maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada jam 2.45 pagi ini, manakala seorang lagi anggota polis cedera.

Iklan

Anwar berkata, perkara lain yang juga perlu diatasi dengan tegas tanpa berkompromi termasuk perbuatan mereka yang memainkan isu kedudukan Raja-raja Melayu.

"Tahniah kepada PDRM, kita mahu tindakan tegas, tiada tolak ansur, kerana kita mahu negara dihormati. Bila negara dihormati dunia, ekonomi akan meningkat," kata Anwar. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!