Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Iklan
Pada 9 pagi Jumaat, ringgit susut kepada 4.6850/6880 berbanding dolar AS daripada 4.6810/6850 pada Khamis. Foto hiasan
RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan pelabur menunggu pengumuman mengenai prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku pertama 2024.
Mata wang tempatan dijangka kekal berdaya tahan dalam tempoh terdekat.
Iklan
Iklan
Ini susulan prestasi Indeks Dolar AS (DXY), yang merosot berikutan keputusan Rizab Persekutuan AS untuk tidak menaikkan kadar faedah, memberi kelegaan kepada pasaran dan ekonomi.
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.6850/6880 berbanding dolar AS daripada 4.6810/6850 pada Khamis.
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kadar ringgit-dolar AS dijangka berada antara RM4.6840 dan RM4.6850 dalam masa terdekat.
"Ringgit dijangka terus mencatatkan trend positif tetapi boleh juga terdapat aktiviti pengambilan untung.
Iklan
"Hari ini, tumpuan adalah pada pengumuman KDNK suku pertama yang dijangka pada tengah hari ini,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, bank mencatatkan pertumbuhan 4.0 peratus, lebih tinggi daripada anggaran awal sebanyak 3.9 peratus.
Setakat ini, data bekalan menyokong dengan semua sektor dijangka mencatatkan pertumbuhan yang lebih baik dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun.
Ia naik berbanding yen Jepun kepada 3.0136/0158 daripada 3.0264/0292 semalam tetapi rendah berbanding euro kepada 5.0893/0926 daripada 5.0882/0926 semalam dan merosot berbanding pound kepada 5.9331/9369 daripada 5.9299/9350 pada Khamis.
Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4791/4816 daripada 3.4813/4846 pada Khamis dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9188/9317 daripada 12.9503/9671.
Mata wang tempatan, bagaimanapun, susut berbanding peso Filipina kepada 8.15/8.16 daripada 8.14/8.15 sebelum ini dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 294.1/294.5 daripada 293.9/294.3 semalam. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>