MAIK bantu tubuh sekolah tahfiz dalam penjara

Iklan
Keberangkatan tiba Tengku Muhammad Fakhry Petra untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Furqan Pusat Pemulihan Akhlak Machang pada Khamis.

MACHANG - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan kerjasama Jabatan Penjara negeri Kelantan menubuhkan Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Furqan yang menjadi perintis kepada penubuhan pengajian tahfiz di penjara.

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra bertitah, projek rintis itu menjadi dorongan membantu prospek berubah dan mampu menyumbang dalam masyarakat dengan berkhidmat di masjid atau surau sebagai imam dan bilal selepas dibebaskan.

Iklan
Iklan

Titah baginda, dakwah MAIK bukan sahaja membabitkan masyarakat tetapi mereka yang tersalah langkah dan memerlukan perhatian bagi membolehkan prospek kembali ke pangkal jalan.

"Beta dimaklumkan bahawa persediaan penubuhan sekolah tahfiz al-Quran ini melibatkan sejumlah peruntukan yang disalurkan oleh MAIK untuk pengubahsuaian blok sedia ada dan penyediaan fasiliti lengkap.

Iklan

"Pengubahsuaian itu juga bertujuan memenuhi standard suasana institusi pengajian tahfiz yang sebenar, kondusif dan komprehensif," titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Furqan Pusat Pemulihan Akhlak Machang pada Khamis.

Tengku Muhammad Fakhry Petra bertitah, seorang penyelia dan dua guru tahfiz dilantik oleh MAIK bagi memastikan kualiti hafazan 29 prospek yang terpilih sentiasa dipantau.

Iklan

Baginda turut berharap supaya prospek dapat menggunakan sebaiknya fasiliti yang disediakan selain sentiasa memberi fokus dalam hafazan dan ulang kaji mengikut garis panduan yang ditetapkan.

"Usaha yang baik ini tidak seharusnya menjadi seperti melepaskan batuk di tangga sebaliknya perlu berterusan walaupun prospek sudah tamat hafazan melalui program pengukuhan dan aktiviti keagamaan.

"Beta berharap mereka menggunakan peluang dan kelebihan untuk manfaat kepada diri sendiri, agama dan masyarakat," titah baginda.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!