Madrasah Al-Musfirah buka peluang masyarakat kuasai al-Quran, fardu ain
Iklan
Madrasah Al-Musfirah di Kampung Wakaf Lichong, Pasir Puteh dibangunkan melalui inisiatif NGO dan sokongan komuniti, tanpa sebarang peruntukan rasmi, namun kekal beroperasi hingga kini.
PASIR PUTEH – Walaupun diasaskan tanpa bantuan kerajaan, Madrasah Al-Musfirah di Kampung Wakaf Lichong di sini terus memainkan peranan sebagai pusat ilmu apabila membuka ruang kepada penduduk setempat untuk mendalami al-Quran dan fardu ain sejak 2017.
Diasaskan oleh pengerusinya, Siti Rokyah Ismail, madrasah itu dibangunkan melalui inisiatif badan bukan kerajaan (NGO) dan sokongan komuniti tanpa sebarang peruntukan rasmi, namun kekal beroperasi hingga kini.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, ketika ini hampir 200 pelajar terdiri daripada kanak-kanak dan golongan dewasa mengikuti pengajian dengan bimbingan hanya dua tenaga pengajar, seorang imam serta pengurusan pentadbiran.
“Kelas kanak-kanak diadakan dari jam 5 petang hingga 10 malam, manakala kelas dewasa pula pada waktu pagi dan petang. Walaupun kemudahan terhad, kami cuba pastikan semua yang mahu belajar diberi peluang,” katanya.
Iklan
Ujar beliau, madrasah itu masih berdepan kekangan kemudahan seperti karpet lusuh, kekurangan sistem pendingin hawa, pembesar suara serta masalah kewangan untuk menampung kos operasi harian.
Iklan
Tambahnya, bagi memastikan operasi terus berjalan, yuran minimum sekitar RM30 dikenakan kepada penduduk kampung dan golongan asnaf.
"Namun, ada dalam kalangan mereka yang tidak berkemampuan. Di sini, tiada siapa disekat untuk belajar al-Quran. Jika tidak mampu, kami tetap terima,” katanya.
Menurut Siti Rokyah, Madrasah Al-Musfirah kini terus menjadi platform pembelajaran agama kepada komuniti setempat, memperlihatkan peranan besar usaha masyarakat dalam memastikan pendidikan al-Quran dan fardu ain terus dapat diakses oleh semua lapisan penduduk.
Ujarnya, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun CIMB 8603383856 atas nama Madrasah Al-Musfirah atau menghubungi talian 014-8193002.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>