Idea asal Kerajaan Perpaduan masih terbuka - Mujahid

Iklan
Mujahid Yusof. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Pihak politik perlu kembali kepada sentral supaya melihat nilai-nilai baik yang disokong, maka pihak pembangkang tidak perlu menganggapnya sebagai ancaman.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, tindakan tersebut perlu dilihat sebagai kejayaan kepada parti politik yang masih menginginkan untuk memakmurkan negara dan menyatupadukan rakyat.

Iklan
Iklan

"Pada masa sama, kita akan melawan politik-politik kerosakan atau toksik ini dengan kebaikan. Pintunya akan selalu dibuka selagi kita bersedia ke arah politik yang asas untuk menjaga rakyat.

"Kalau Pas merasakan ada peluang untuk menyokong nilai ini, silakan. Jadi kita tidak boleh ada apa-apa perasaan seperti tidak mahu dengan parti berkenaan,” katanya semasa Wacana Sinar edisi ke-440 bertajuk Membangun Politik Damai pada Rabu.

Iklan
Wacana Sinar edisi ke-440 bertajuk Membangun Politik Damai dihoskan oleh Ismail Adnan (kiri), Penyelidik Pakar, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) Kementerian Luar Negeri, Dr Murni Wan Mohd Nor (dua dari kiri), Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (dua dari kanan) dan Ahli MPT Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (kanan) yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Program tersebut dihoskan oleh Ismail Adnan turut menampilkan dua lagi panelis iaitu Penyelidik Pakar, Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) Kementerian Luar Negeri, Dr Murni Wan Mohd Nor dan Ahli MPT Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.

Tambah Mujahid, ahli politik sepatutnya menjadi buta warna dalam pemerintahan negara supaya mencapai idealisme yang positif seperti berbincang mengenai rakyat dengan lebih aman.

Iklan

Beliau turut menegaskan yang Islam sangat memegang teguh pada kebaikan sehingga sanggup menolak kebaikan.

"Pastinya apabila kita bercakap perkara besar seperti perpaduan atau politik nilai, ia tiada hak cipta terpelihara. Sampai bila-bila pun perkara itu ada kebaikan.

"Tolaklah kejahatan dengan kebaikan, jadi kebaikan itulah yang kita tanam sekurang-kurangnya dalam politik nilai atau perpaduan,” jelasnya.