Lima anggota polis termasuk ASP didakwa rompak wanita warga China
Iklan
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR - Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP bersama empat anggota, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merompak seorang wanita warga China, membabitkan wang tunai RM140,000 di sebuah apartment, bulan lepas.
Kelima-lima mereka, Asisten Superintenden Mohd Faizol Ismail, 41, dan empat anggota berpangkat korperal iaitu Khairil Annuar Sulaiman, 39, Mohd Zaidi Jamaludin, 35, Mohd Adrafil Adlan Roslan, 28, dan Ahmad Rohafiz Abdul Rani, 39, didakwa melakukan rompak berkumpulan ke atas wang tunai berjumlah RM140,000 milik Zhang Chenxuan berusia 20-an di sebuah unit apartment di Jalan Tun Razak, Wangsa Maju di sini pada 5.30 petang, 6 April.
Iklan
Iklan
Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh menawarkan jaminan RM20,000 bagi setiap tertuduh, berserta syarat tambahan pasport kesemua tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah selain dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan, sehingga kes selesai.
Iklan
Peguam Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili Mohd Adrafil Adlan, turut memohon jaminan rendah kerana anak guamnya, yang masih belum berkahwin perlu menjaga ibu bapanya.
"Kesemua tertuduh termasuk anak guam saya hadir sendiri ke mahkamah, ini menunjukkan sikap mereka yang bertanggungjawab. Anak guam saya dan tertuduh lain merupakan penjawat awam (polis) yang masih bertugas selain mereka tidak akan melarikan diri,” kata peguam itu.
Iklan
Hakim Hamidah Mohamed Deril membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 20 Jun ini. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>