'Usah rendah diri dikritik pihak cuba jatuhkan nama pasukan' - KP KL

Iklan
Rusdi

KUALA LUMPUR - Peningkatan isu integriti membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) membimbangkan terutama dalam kes pemerasan ke atas orang awam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, sikap kebertanggungjawaban perlu ada sebagai elemen utama dalam diri setiap warga Polis Kuala Lumpur dalam melaksanakan tugas.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, suka untuk saya ingatkan kepada anggota dan pegawai polis supaya tidak berasa rendah diri dengan kritikan oleh sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan nama baik pasukan ini.

"Jadikan ia sebagai penguat untuk terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab dalam menjaga keamanan serta keselamatan negara,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, pada Rabu.

Iklan

Mengulas mengenai pencapaian Polis Kuala Lumpur Rusdi berkata, fokus utama pihaknya adalah bagi menimbulkan perasaan selamat dan kepuasan warga kota terhadap perkhidmatan PDRM.

"Sebanyak 2,941 kes dicatatkan membabitkan 550 jenayah kekerasan dan 2,391 jenayah harta benda bagi tempoh Januari hingga April lalu," katanya.

Iklan

Menurutnya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM 12.1 juta dan menahan 7,529 individu dalam tempoh sama.

"Jabatan Siasatan Jenayah Komersial pula menjalankan pelbagai operasi di mana statistik Januari sehingga April menunjukkan sebanyak 1,579 kertas siasatan dibuka di mana 1,062 daripadanya berjaya dituduh.

"Bagi tempoh sama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) membuka 33,686 kertas siasatan dan 29,128 dituduh iaitu 80.64 peratus kes berjaya diselesaikan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!