Johor naik taraf sistem audio Bangunan Sultan Ismail, elak insiden berulang
Iklan
Mohd Puad meminta kawalan keselamatan ketika sidang DUN berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan susulan tergendala hampir 20 minit akibat gangguan teknikal.
JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri dalam usaha menaik taraf sistem audio di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar lokasi berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, usaha terbabit bagi memastikan tiada sebarang gangguan berlaku ketika sidang DUN.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, proses naik taraf sememangnya sedang dirancang bagi memastikan DUN mempunyai kemudahan dan fasiliti terkini.
"Insiden pada semalam (Isnin) merupakan gangguan teknikal membabitkan sistem audio dan bukannya gangguan elektrik.
Iklan
"Bagaimanapun, kita memang sedang dalam perancangan menaik taraf sistem audio di Bangunan Sultan Ismail yang menempatkan DUN Johor bagi memastikan insiden semalam (Isnin) tidak berulang semula," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Sebelum itu, pada Isnin, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Iklan
Ia susulan, sidang DUN tergendala hampir 20 minit akibat gangguan teknikal selepas Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi selesai menjawab soalan pertama sekali gus dikhuatiri ada cubaan ceroboh dan sabotaj.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>