Insentif cukai SFZ Forest City dimuktamad hujung bulan ini
Iklan
Onn Hafiz menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Ketiga DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. Foto Bernama
ISKANDAR PUTERI - Kerajaan akan memuktamadkan cadangan insentif cukai bagi menarik pelaburan dalam sektor kewangan di Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City di sini hujung bulan ini.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkembangan itu dimaklumkan Kementerian Kewangan ketika Mesyuarat Khas pembangunan Negeri Johor yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 April lepas.
Iklan
Iklan
"Antara yang dibincangkan melibatkan tawaran insentif fiskal daripada Kerajaan Persekutuan termasuk pengecualian dan penetapan kadar khas cukai korporat kepada syarikat bagi aktiviti ekonomi yang berkelayakan; penetapan kadar khas cukai pendapatan individu kepada tenaga kerja mahir; dan pengecualian dan pengurangan duti stem bagi instrumen berkaitan pindah milik hartanah dan saham.
"Bagi insentif bukan fiskal pula termasuk melibatkan polisi berkaitan visa dan perkhidmatan imigresen bagi mempertingkatkan lagi aliran pergerakan khususnya melibatkan pintu masuk Malaysia dan Singapura,” katanya.
Iklan
Beliau menjawab soalan lisan Andrew Chen Kah Eng (PH-Stulang) mengenai status terkini perkembangan SFZ di Forest City pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.
Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata,, kerajaan negeri berharap SFZ bakal menjadi pelengkap dan pemangkin yang dapat menggandakan ekonomi negeri, di samping menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.
Iklan
Ini kerana pembangunan SFZ akan turut melibatkan peningkatan infrastruktur seperti jalan raya, pengangkutan awam dan kemudahan sokongan lain sekali gus meningkatkan aksesibiliti dan kualiti hidup di kawasan sekitar yang dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat, katanya.
Pada 18 April lepas, Anwar dilapor berkata projek berimpak tinggi seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan SFZ mampu memacu ekonomi Johor mengatasi negeri-negeri lain dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.