Imigresen tahan 40 warga asing tiada dokumen sah

Iklan
Keadaan dalam sebuah premis yang diserbu JIM Johor. Foto JIM Johor

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 40 warga asing kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah ketika serbuan di 19 premis di Gelang Patah pada Ahad.

Pemangku Pengarah JIM Johor, Mohd Faizal Shamsudin berkata, kesemua yang ditahan melibatkan 27 lelaki warga Bangladesh, India (tujuh), Nepal (tiga), Pakistan (dua) dan China (seorang) berusia antara 19 hingga 42 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam operasi ini seramai 246 warga asing telah diperiksa oleh Bahagian Penguatkuasaan JIM Johor.

"Tindakan penguatkuasaan ini dijalankan susulan maklumat awam berhubung warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah tinggal di negara ini.

Seorang warga asing cuba bersembunyi di atas siling pada operasi berkenaan. Foto JIM Johor

Iklan

"Kesemua warga asing yang ditahan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa," katanya.

Tambah beliau, kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Iklan

Ujarnya, JIM Johor akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap PATI yang melanggar undang-undang.

"Jabatan ini turut menyeru kepada PATI yang layak untuk menyertai Program Repatriasi Migran yang akan tamat pada 31 Disember 2024 bagi bertujuan PATI pulang ke negara asal secara sukarela,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!