YBR peruntuk RM300,000 bagi latihan keusahawanan di Sabah, Sarawak

Iklan
Philip (dua dari kiri) menyerahkan cek replika tajaan khas bagi program Latihan Asas Keusahawanan di Sabah dan Sarawak sambil disaksikan oleh Ewon (tiga dari kanan).

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) melalui Institut Keusahawanan Negara Berhad (Insken) memperuntukkan tajaan khas berjumlah RM300,000 kepada peserta program Latihan Asas Keusahawanan di Sabah dan Sarawak pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, peserta hanya dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM50 dengan menyasarkan penglibatan seramai 1,200 usahawan baharu serta sedia ada di kedua-dua negeri tersebut.

Iklan
Iklan

"Peserta bukan sahaja menerima latihan kemahiran asas perniagaan tetapi berpeluang mendapat pendedahan tentang strategi pemasaran berkenaan produk mereka.

"Program ini dapat membangunkan usahawan terutamanya dari kalangan belia untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan manakala usahawan sedia ada pula dapat menambah ilmu.

Iklan

"Sokongan padu YBR ini membantu usahawan meningkatkan sosioekonomi dalam kalangan masyarakat di Sabah dan Sarawak bagi menangani jurang ekonomi serta fokus kepada bidang koperasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tajaan khas YBR itu telah diumumkan oleh Ewon di Dewan Dato’ Syahbandar Makang Kuala Penyu, Sabah dalam Karnival Tekun Madani dan Showcase Satu Daerah Satu Industro (SDSI) sempena Pesta Kaamatan.

Tajaan khas YBR itu telah diumumkan oleh Ewon di Dewan Dato’ Syahbandar Makang Kuala Penyu, Sabah dalam Karnival Tekun Madani dan Showcase Satu Daerah Satu Industro (SDSI) sempena Pesta Kaamatan.

Iklan

Hadir sama, Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman.

Dalam pada itu, Philip berkata, program itu merupakan platform dan persediaan kepada peserta untuk menghadapi dunia perniagaan serta sebagai tapak bagi mereka yang sudah memulakannya.

"Program ini selari dengan inisiatif YBR dalam menyediakan latihan dan program pembangunan diri untuk meningkatkan kemahiran individu melalui keusahawanan serta perniagaan.

"Ia salah satu bidang alternatif dalam membuka peluang kepada anak muda untuk mendapatkan pendapatan yang lebih lumayan dan meningkatkan taraf hidup mereka ke peringkat seterusnya.

"Sabah dan Sarawak antara negeri berjaya melahirkan usahawan yang menghasilkan produk tempatan tetapi kurang pendedahan di dalam strategi pemasaran,” ujarnya.

Tambah Philip, beliau turut berharap program tersebut mampu melahirkan usahawan muda yang menimba pengetahuan dan mempelajari teknik memasarkan produk serta meningkatkan sosioekonomi seiring dengan inisiatif YBR dalam mewujudkan peluang kerjaya kepada masyarakat setempat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!