Mesej tular dakwa AS kenakan sekatan ke atas Malaysia palsu - Fahmi

Iklan
FAHMI

KUALA LUMPUR - Mesej tular yang mendakwa Malaysia negara ASEAN pertama dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat adalah palsu, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, pengesahan mengenai mesej palsu itu diterimanya daripada Kedutaan Amerika Syarikat, selain penafian oleh pihak Reuters sendiri.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan penafian Reuters Press Team di X (sebelum ini dikenali Twitter) dan pengesahan yang saya terima dari pihak Kedutaan Amerika Syarikat, saya sahkan bahawa mesej tular itu adalah palsu," katanya menerusi media sosialnya pada Sabtu.

Terdahulu Reuters mengesahkan tidak melaporkan artikel berita itu yang disebar luas terutama menerusi aplikasi WhatsApp.

Iklan

"Sebarang dakwaan yang mengatakan Reuters melaporkan bahawa Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang akan disenaraikan oleh Amerika Syarikat sebagai negara yang menaja keganasan, adalah palsu,” menurut agensi berita berkenaan menerusi platform X. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!