Korban banjir Brazil meningkat kepada 107 orang

Iklan
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang. Foto Reuters.

SAO PAULO - Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.

Menurut laporan terkini Agensi Pertahanan Awam, kira-kira 1,476,170 penduduk terjejas oleh bencana alam itu dan 136 orang masih hilang, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Hujan lebat telah menyebabkan darurat diisytiharkan di 80 peratus kawasan negeri itu.

Usaha menyelamat pada Khamis menjadi rumit selepas hujan lebat terus turun.

Iklan

Gabenor Rio Grande do Sul, Eduardo Leite menyifatkan ia sebagai tragedi terburuk dalam sejarah negeri itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan