Forest terkilan rayuan ditolak

Iklan
Espirito Santo

NOTTINGHAM Forest mengakui kecewa selepas kalah dalam rayuan berhubung pemotongan mata Liga Perdana Inggeris, tetapi telah berpindah dan fokus untuk mengelak penyingkiran, kata

Pengendali Nottingham Forest, Nuno Espirito Santo mengakui kecewa rayuan permotongan mata yang dikenakan terhadap kelab ditolak Liga Perdana.

Iklan
Iklan

Namun kini tegasnya, segala tumpuan adalah memastikan kelab berpangkalan di West Bridgford, Nottinghamshire itu mengelak penyingkiran dari saingan Liga Perdana Inggeris.

Forest sebelum itu dikenakan potongan empat mata selepas melanggar peraturan kewangan liga Mac lalu dimaklumkan pada Rabu bahawa rayuan mereka tidak berjaya.

Iklan

Keputusan itu meletakkan Forest dikedudukan ke-17 dengan 29 mata, tiga tangga di atas zon penyingkiran dengan berbaki dua perlawanan.

"Kami semua kecewa apabila percaya masih punyai harapan mendapat semula mata tersebut, namun sebaliknya keputusan sudah berakhir.

Iklan

"Inilah realitinya, inilah yang kita ada, ini yang perlu kita hadapi dengan seharusnya masa fokus pada diri sendiri kerana semua di tangan kita

"Dari awal, sejak kemungkinan pemotongan mata kami sentiasa menghadapinya dengan cara yang sama, apa yang kami perlu fokus ialah diri kami sendiri, tugas kami. Kami sudah pun bergerak," kata Espirito Santo.

Dalam pada, itu, kemenangan di Stadium City Ground menjelang kunjungan Chelsea pada Sabtu akan mengekalkan status elit Forest musim depan, menyaksikan Forest bertekad memburu tiga mata dengan bergaya.

"Ia adalah perlawanan terakhir kami di laman sendiri di City Ground, ia penting untuk matlamat utama kami dan untuk penyokong yang kami akhiri dengan cara yang bagus.

"Mereka telah banyak membantu dan sokongan selama ini sangat penting bagi kami sehingga kini adalah masa untuk mengembalikan semua yang mereka berikan kepada kami," katanya.

Dalam pada itu, Espirito Santo mengingatkan pemain-pemain Forest untuk tidak bimbang tentang perlawanan di tempat lain.

"Kami tidak perlu terganggu dengan apa yang berlaku di stadium lain, kami perlu fokus pada diri sendiri, ini mesej utama, mari fokus kepada diri sendiri dan bermain permainan yang bagus,” katanya.