Dua lelaki ditemukan lemas

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

KOTA BHARU - Dua lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Kelantan di dua lokasi berasingan iaitu di Jambatan Sultan Yahya Petra di sini dan Kampung Kutan Sungai, Tumpat, semalam, ditemukan lemas hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim, Ahmad Fakaruddin Berahim berkata, mangsa Saidi Che Hassan, 51, dijumpai pada 12.15 tengah hari oleh penduduk kampung, manakala Mohd Shafiq Razali, 28, pula ditemukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jam 5.49 petang tadi.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua mayat diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi pemberita pada Khamis.

Dalam kejadian semalam, dua lelaki dikhuatiri lemas dengan kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 28 tahun dipercayai terjatuh dari jambatan manakala seorang lagi lelaki berusia 51 tahun hilang selepas sebuah bot terbalik di kampung terbabit. - Bernama

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!