'Projek jagung bijirin Selangor menjadi'

Iklan
Amirudin

SHAH ALAM - Kerajaan negeri mula menuai hasil kedua projek jagung bijirin berkualiti tinggi yang diusahakan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bermula sejak Februari lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, hasil tuaian bijirin itu dapat memenuhi permintaan penternak kecil dan pemain industri memandangkan harganya lebih rendah berbanding import.

Iklan
Iklan

"Ini adalah kejayaan fasa pertama meliputi kawasan seluas 16.9 hektar daripada keseluruhan 121 hektar.

"Setiap kitaran meliputi empat fasa iaitu fasa pembersihan dan pembinaan infra, fasa penanaman, fasa penjagaan dan pembesaran pokok, dan akhir sekali fasa tuaian," katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya pada Khamis.

Iklan

Menteri Besar menambah, projek itu bertujuan mengurangkan kebergantungan import makanan ayam sekali gus mengurangkan atau menstabilkan harga ayam negeri ini.

"Dengan kapasiti simpanan 200 tan jagung bijirin, Insya-ALLAH selepas ini pusat pengumpulan jagung bijirin akan dibuka pula di Selangor," ujarnya lagi.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!