Islamkan 300,000 orang penduduk Cebu dalam tempoh 10 tahun

Iklan
Muhamad Fasri (kanan) dan isteri, Rusnah (dua dari kanan) menyerahkan zakat bernilai RM1 juta kepada Abdul Razak (dua dari kiri) untuk kerja-kerja dakwah di Pulau Cebu, Filipina.

KUALA LUMPUR - Bermula dengan memberi pertolongan kepada mangsa bencana alam, seorang petugas misi bantuan kemanusiaan akhirnya fokus kepada kerja-kerja dakwah sehingga berjaya mengislamkan lebih 300,000 penduduk di Cebu, Filipina setakat ini

Presiden Briged Bakti Malaysia Datuk Dr Abdul Razak Kechik berkata, segalanya bermula ketika beliau menjejakkan kaki ke wilayah berkenaan pada 10 Januari 2014.

Iklan
Iklan

Menurutnya, misi beliau ke sana ketika itu bertujuan untuk memberi bantuan kepada mangsa Taufan Haiyan.

Dr Abdul Razak

Katanya, selaku Presiden Malaysia Relief Agency (MRA) pada ketika itu beliau memberi pelbagai bantuan termasuk makanan, rawatan, perubatan dan baik pulih tempat tinggal.

Iklan

"Pada masa sama, saya juga membina hubungan baik dengan masyarakat di sana. Apabila bergaul, ramai dalam kalangan mereka yang berminat dengan Islam dan bertanya bagaimana hendak memeluk Islam.

"Bermula 2015, saya tumpu kepada kerja dakwah. Hingga ke hari ini lebih 300,000 orang sudah diislamkan. Di sana, orang Islam pada asalnya berjumlah 20,000 ke 30,000 orang sahaja," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Taman Duta di sini pada Khamis.

Iklan

Sebelum itu, beliau menerima zakat sebanyak RM1 juta daripada Datuk Muhamad Fasri Samsudin dan isteri, Datin Rusnah Hussin bagi kerja-kerja dakwah di Cebu.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan bekas-bekas pelajar Malaysia di Ireland.

Abdul Razak berkata, beliau juga menubuhkan Yayasan One Dakwah Foundation Incorporated di Filipina bagi melindungi pergerakan dakwah mereka di negara itu.

Jelasnya, kerja-kerja mengembangkan Islam di negara berkenaan tidak mendatangkan masalah malah disambut baik oleh semua pihak termasuk polis kerana kami membawa Islam yang sederhana.

"Jadi, bagi memastikan ajaran Islam terus berkembang, kita kena ada masjid di kampung-kampung. Satu masjid kecil berharga RM500,000 dan ini merupakan cabaran kita," ujar beliau.

Bekas pelajar Malaysia di Ireland turut sama menyokong program-program dakwah Briged Bakti Malaysia

Sementara itu, Muhamad Fasri menjelaskan, sumbangan zakat bertujuan memastikan usaha dakwah di Cebu dapat diteruskan.

"Sebagai kawan, saya banyak mencontohi Dr Abdul Razak melakukan kerja dakwah namun lebih tertumpu di Thailand, Laos dan Myanmar.

"Saya harapkan sumbangan ini dapat dimanfaatkan oleh beliau bagi meningkatkan syiar Islam di Cebu," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!