Jawatankuasa Khas Pertahan Enakmen Syariah Kelantan bersidang selepas Mei

Iklan
Mohd Asri

KOTA BHARU - Jawatankuasa Khas Pertahan Enakmen Syariah Kelantan dijangka kali pertama bersidang selepas Mei ini.

Exco Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd Asri Mat Daud berkata, ketika ini struktur utama jawatankuasa sudah ada dan pihaknya dalam perbincangan untuk melengkapkan keanggotaan.

Iklan
Iklan

"Proses pembentukan jawatankuasa setakat ini mencapai 65 peratus.

"Jawatankuasa dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan manakala saya ialah timbalannya serta persidangan pertama dijangka berlangsung selepas selesai Konvensyen Perundangan dan Pemantapan Syariah pada 21 Mei ini,” kata Mohd Asri kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, jawatankuasa tersebut ditubuhkan dalam memastikan 16 seksyen yang terbatal dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 dapat dibawa dan diluluskan kembali oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid yang mencabar peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 di Mahkamah Tinggi Persekutuan sebelum ini.

Menurut Mohd Asri, jawatankuasa itu bertanggungjawab meneliti semula seksyen-seksyen yang terbatal selain membuat perubahan tertentu agar mempunyai justifikasi yang kuat dan tidak bercanggah dengan undang-undang Mahkamah Persekutuan.

Iklan

"Kerajaan negeri mempunyai keyakinan penuh enakmen syariah itu akan dikembalikan kepada Kelantan untuk dikuatkuasakan.

"Kami yakin 100 peratus akan diluluskan dan dapat dilaksanakan semula kerana kami juga mempunyai pakar perundangan malah sebulat suara sudah dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk dua ADUN pembangkang dalam sidang DUN lepas,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit memberitahu, Konvensyen Perundangan dan Pemantapan Syariah itu akan berlangsung di Kompleks Balai Islam Lundang, di sini, sebagai langkah pemula membuktikan usaha serius pihaknya.

"Konvensyen tersebut sangat berkait rapat dengan kerajaan negeri dan hasilnya akan dibincangkan dalam

jawatankuasa khas pada persidangan pertama nanti.

"Antara pengulas jemputan yang akan mengambil bahagian dalam konvensyen ialah bekas Ketua Hakim Syarie Perak, Datuk Muhammad Asri Abdullah, Presiden Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi Malaysia, Dr Muhammad Fathi Yusof,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!