Kenaikan harga tiket: Pengusaha bas ekspres ambil sikap tunggu dan lihat

Iklan
Che Ibrahim (kiri) meyantuni tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri E-Mutiara di Kota Bharu pada Rabu.

KOTA BHARU - Pengusaha bas ekspres di Pantai Timur mengambil langkah tunggu dan lihat sebelum membuat sebarang keputusan pelaksanaan kenaikan harga tiket bas eksekutif.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail berkata, setakat ini belum ada yang berani berbuat demikian.

Iklan
Iklan

"Keadaan itu sekali gus telah memberi kesan kepada pengusaha bas ekspres berikutan kos yang semakin meningkat.

"Masalah sekarang di Pantai Timur adalah berlaku persaingan yang hebat di mana masing-masing (pengusaha bas ekspres) tidak menggunakan kadar tambang eksekutif. Mereka masih menggunakan harga sedia ada sehingga ada pengusaha yang terpaksa gulung tikar kerana mengalami kerugian," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri E-Mutiara di sini pada Rabu.

Iklan

Media tempatan sebelum ini melaporkan pengusaha bas ekspres di Pantai Timur dijangka akan menaikkan harga tiket bas eksekutif pada kadar 42 peratus sebagaimana yang telah diputuskan menerusi perbincangan membabitkan pemain industri di kawasan ini.

Che Ibrahim berkata, pelaksanaan melibatkan bas yang mempunyai kerusi 2 1 di setiap barisan itu sudah pun dilaksanakan di negeri lain.

Iklan

Sementara itu, Che Ibrahim memberitahu, E-Mutiara turut bercadang untuk menambah bas bagi perkhidmatan bas henti-henti atau dikenali sebagai Mutiara Rentas Desa (MRD).

Ujarnya, bagaimanapun perkara itu akan diputuskan bergantung kepada kelulusan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!