18 laporan kerosakan kenderaan dihempap pokok tumbang

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 18 laporan berhubung kejadian pokok yang berusia lebih 50 tahun tumbang di Jalan Sultan Ismail, dekat sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Naazron Abd Yusof berkata, laporan diterima itu membabitkan 18 kenderaan yang mengalami kerosakan akibat kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, 18 laporan kenderaan rosak akibat kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail diterima.

"Bagi jumlah mangsa yang cedera, ia masih kekal iaitu satu lelaki warga tempatan dan seorang wanita dari Sweden dipercayai penumpang e-hailing," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, mangsa kejadian iaitu warga tempatan telah mendapatkan rawatan ekoran kecederaan dialami dan dibenarkan keluar wad jam 6 pagi pada Rabu.

Sementara bagi mangsa dari Sweden, katanya, wanita itu masih ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan lanjut ekoran kecederaan dialami.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!