Indonesia desak tindakan global cegah krisis kemanusiaan

Iklan
Israel melancarkan serangan dari lokasi yang tidak didedahkan berhampiran sempadan dengan Semenanjung Gaza pada Selasa. Foto EPA

JAKARTA - Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas bandar Rafah di Palestin dan kawalan yang dikenakan ke atas sempadan Rafah di sebelah Palestin.

Kementerian Luar Negeri Indonesia menyatakan:"Sebarang usaha untuk pemindahan paksa atau pengusiran penduduk Palestin, termasuk dari Rafah, tidak boleh diterima kerana ia dianggap sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.”

Iklan
Iklan

Melalui akaun rasmi X kementerian itu pada Rabu, mereka menggesa masyarakat antarabangsa, terutama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, agar segera mengambil tindakan untuk menghentikan kekejaman Israel serta mengelak sebarang bencana kemanusiaan daripada berlaku.

Kenyataan itu juga menegaskan,"Indonesia mengulangi seruannya untuk gencatan senjata segera dan kekal di Gaza serta menghapuskan semua halangan terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan.”

Iklan

Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa serangan terkini Israel ke atas Rafah di Gaza pada 6 Mei telah menyebabkan 19 kematian.

Pada hari yang sama, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa pengepungan ketenteraan dan serangan darat di Rafah akan menimbulkan risiko bencana kepada 600,000 kanak-kanak yang mencari perlindungan di kawasan itu.

Iklan

Menurut UNICEF, selepas arahan pemindahan oleh tentera Israel pada 13 Okt 2023 supaya berpindah ke selatan, kira-kira 1.2 juta orang kini berlindung di Rafah, yang sebelum ini menampung hanya sekitar 250,000 penduduk. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!