Kenaikan gaji penjawat awam: Penting tangani kadar upah rendah

Iklan
Syed Ibrahim Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Kenaikan gaji penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini penting untuk menangani kadar upah yang masih berada pada paras rendah.

Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, jika dilihat dari segi perangkaan, kadar kenaikan gaji itu hanya 4.1 peratus sejak lebih 10 tahun yang lalu.

Iklan
Iklan

"Apabila berlaku peningkatan gaji dan juga ada penstrukturan semula dari segi kadar upah ini, bermakna kita juga perlu melihat kesenjangan atau jurang yang berlaku di antara gaji rendah dan tinggi.

"Perbezaan ini juga perlu ditangani, bermakna ini serampang banyak mata. Bukan hanya untuk kita meningkatkan kadar gaji berkenaan supaya setara dengan negara lain tetapi sekurang-kurangnya kita nak memberikan ruang kepada mereka yang bergaji rendah ini untuk hidup.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana siri 439 bertajuk 'Gaji Naik, Produktiviti Macam Mana?' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Wacana Sinar edisi 439 bertajuk 'Gaji Naik, Produktiviti Macam Mana?' dihoskan oleh Ismail Adnan (kiri) menampilkan ahli panel Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh (dua dari kiri); Pakar ekonomi, Dr Baayah Baba dan Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin (kanan) yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Program yang dihoskan oleh Ismail Adnan itu turut menampilkan, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Abdul Rahman Mohd Nordin dan pakar ekonomi, Dr Baayah Baba sebagai panel.

Iklan

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata, penilaian prestasi penjawat awam yang menjadi penanda aras kenaikan gaji golongan itu dilihat mampu memberikan keadilan kepada semua pihak dalam sektor tersebut.

"Tetapi pada masa yang sama, kita kena melihat juga kepada jawatan-jawatan kritikal dan yang menjadi aset kepada negara, ini bermaksud negara akan menghadapi kesukaran jika mereka ini tiada.

"Sebagai contoh dalam sektor keselamatan dan kesihatan perlu dipertimbangkan. Walaupun kita ada penilaian prestasi ini, ada juga kerja yang sukar untuk capai tahap tinggi yang mungkin disebabkan bahaya dan sebagainya.

"Semua perkara juga perlu diambil kira dan bukannya dari segi prestasi semata-mata tetapi faktor kritikal atau tidak jawatan tersebut,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!