Kenaikan gaji penjawat awam: Cuepacs harap harga barang tidak naik

Iklan
Wacana Sinar edisi 439 bertajuk “Gaji Naik, Produktiviti Macam Mana?” dihoskan oleh Ismail Adnan (kiri) menampilkan ahli panel Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh (dua dari kiri); Pakar ekonomi, Dr Baayah Baba dan Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin (kanan) yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Kenaikan gaji penjawat awam sehingga lebih 13 peratus diharap tidak meninggalkan kesan kepada harga barang iaitu semakin meningkat.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, harga yang ditawarkan di pasaran mestilah setara dan adil dengan pendapatan pengguna.

Iklan
Iklan

"Kami harap dengan kenaikan gaji ini dapat membantu penjawat awam untuk menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Kita mahu gaji yang selesa memandangkan sudah 21 tahun semakan gaji tidak diselaraskan.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis pada Wacana Sinar edisi 439 bertajuk 'Gaji naik, produktiviti macam mana?'.

Iklan

Program tersebut diadakan di Studio F Karangkraf, Shah Alam dan disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada jam 8.30 malam, Selasa.

Turut menjadi panel ialah Abdul Rahman Mohd Nordin dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dan pakar ekonomi, Dr Baayah Baba.

Iklan

Tambah Abdul Rahman, ada sesetengah penjawat awam terpaksa mencari kerja sampingan bagi menampung kehidupan dan menanggung keluarga.

"Sebab gaji mereka RM2,000 ke atas sahaja, tidak cukup untuk hidup terutamanya yang tinggal di Lembah Klang. Kawasan ini kalau nak hidup selesa pendapatan mesti lebih RM10,000 sebulan.

"Itu yang akan menyebabkan mereka bekerja di tempat lain atau terpaksa buat perkara tidak elok apatah lagi perlu membiayai komitmen seperti kenderaan, sewa rumah dan sebagainya," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!