Aktiviti ketenteraan Israel di Rafah, mimpi ngeri kemanusiaan - PBB
Iklan
HAMILTON (Kanada) - Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa menyatakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan aktiviti ketenteraan Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan menyifatkannya sebagai"kesilapan strategik, malapetaka politik, dan mimpi ngeri kemanusiaan”.
"Saya terganggu dan tertekan dengan aktiviti ketenteraan yang diperbaharui di Rafah oleh tentera Israel,” kata Guterres, lapor Agensi Anadolu.