Penduduk Gaza cuba lari ke Mesir

Iklan
Kira-kira 100,000 penduduk Gaza menuju ke kawasan selatan Genting Gaza selepas diarahkan berpindah oleh tentera Israel pada Isnin. Foto AFP

KAHERAH - Sekumpulan penduduk Gaza dilaporkan cuba melintasi sempadan Rafah ke Mesir, menurut laporan media pada Isnin.

Akhbar Maariv mendakwa golongan itu membuat cubaan tersebut dari bahagian barat lintasan sempadan antara Rafah dan Semenanjung Sinai.

Iklan
Iklan

"Usaha itu bagaimanapun digagalkan pasukan tentera Mesir,” ujar laporan itu lagi.

Pada minggu lalu, Kedutaan Palestin di Mesir memaklumkan ia sedang memohon permit pemastautin sementara buat ratusan ribu penduduk Palestin yang kini hilang tempat tinggal dan bagi memudahkan mereka selepas perang genosid itu berakhir.

Iklan

Duta Palestin di Kaherah, Diab al-Loh berkata, kira-kira 100,000 penduduk Gaza telah memasuki Mesir dan mereka berdepan masalah seperti membuka akaun bank atau mendapat akses insurans kesihatan kerana dokumen tidak lengkap.

Sebahagian besar daripada mereka terpaksa membayar antara AS$6,000 (RM28,453)-AS$12,000 (RM56,906) untuk ke Mesir dan ramai yang kini menggunakan GoFundMe untuk mendapatkan sumbangan bagi berpindah ke negara lain. - Agensi

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!