Pokok tumbang hempap kenderaan di depan Hotel Concorde

Iklan
Sebatang pokok tumbang dan menghempap beberapa buah kereta akibat hujan lebat dan angin kencang dalam kejadian di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Sebatang pokok tumbang dan menghempap beberapa buah kereta akibat hujan lebat dan angin kencang dalam kejadian di Jalan Sultan Ismail, di sini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 3 petang berhampiran Hotel Concorde.

Iklan
Iklan

Bernama difahamkan bahawa kejadian berlaku ketika aliran trafik sesak di kawasan terbabit.

Pokok tumbang menghempap beberapa buah kenderaan.

Pokok tersebut juga dipercayai turut menghempap kawasan pejalan kaki dan laluan Transit Aliran Ringan (LRT).

Iklan

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sedang mengawal lalu lintas dan melakukan tugas-tugas menyelamat di kawasan terbabit. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan