Pameran JSJN tarik minat pengunjung

Iklan
Zahari (kiri) berkongsi kepada pengunjung cara peralatan pengesanan dadah berfungsi.

KUALA LUMPUR - Pameran peralatan operasi dan pengesanan dadah daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menarik minat pengunjung Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024, di sini pada Selasa.

Antara peralatan yang dipamer ialah alat memotong hidraulik, perisai, alat pecah pintu serta mesin pengesanan jenis dadah.

Iklan
Iklan

Lebih menariknya, pengunjung diberi peluang untuk mencuba sendiri cara menggunakan alat memotong hidraulik serta cara penggunaan perisau yang kalis peluru.

Pengunjung juga diberi kesempatan melihat kecanggihan kaedah pengesanan dadah melalui demonstrasi menggunakan mesin pengesan.

Iklan

Turut dipamer ialah pakaian operasi yang digunakan Pasukan Tindakan Khas JSJN Bukit Aman.

Antara peralatan yang dipamer di reruai JSJN Bukit Aman pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024, Kuala Lumpur.

Penolong Pengarah Teknikal/Analisis JSJN Bukit Aman, Superintenden Zahari Abu Samah berkata, ini merupakan pameran yang bagus untuk pengetahuan orang awam selain perkenalkan peralatan digunakan untuk tujuan pertahanan dan operasi.

Iklan

"Sambutan orang ramai Alhamdulillah, ramai yang kepada kita bertanya mengenai dadah, jenis dadah dan kita terangkan kepada mereka.

"Ini salah satu usaha JSJN mendekatkan dengan masyarakat tentang bahaya dadah," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Tambahnya, jenayah dadah perlu dibendung sebaiknya kerana ia boleh merosakkan masyarakat.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, reruai itu turut mendapat perhatian Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution selain kehadiran penuntut institut pengajian tinggi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!