15 cubaan seludup rokok putih bernilai lebih RM500,000 gagal

Iklan
Norlela (tiga dari kanan) menunjukkan rampasan rokok jenis 'Beedis' yang berjaya dilakukan oleh JKDM di KLIA. Foto: HISYAMUDDIN AYUB.

SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 15 percubaan menyeludup keluar rokok putih bernilai lebih RM500,000 ke negara ketiga sepanjang April lalu.

Penolong Ketua Pengarah JKDM, Norlela Ismail berkata, penyeludupan yang didalangi warga tempatan cuba dibawa keluar menerusi syarikat perkhidmatan parcel atau kargo udara di Zon Perdagangan Bebas (FCZ) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sebanyak 786,800 batang rokok putih pelbagai jenama telah dirampas dalam pemeriksaan dibuat di FCZ KLIA dengan anggaran duti dan cukai berjumlah RM527,124.

Kata beliau, Malaysia dijadikan pusat transit sebelum menyeludup keluar rokok putih ke negara ketiga berdasarkan permintaan semasa.

Iklan

"Modus operandi kumpulan penyeludup ini adalah membawa keluar rokok putih yang berada di negara ini secara sedikit-sedikit untuk diisi dalam kotak atau dibungkus bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Atas sebab ini, kita di JKDM gagal untuk membuat sebarang tangkapan kerana maklumat diberikan adalah palsu dan tidak lengkap," katanya dalam sidang akhbar pada Selasa.

Norlela (depan, kanan) menunjukkan rampasan rokok putih yang berjaya dilakukan oleh JKDM di KLIA.Foto: HISYAMUDDIN AYUB.

Iklan

Norlela berkata, hasil pemeriksaan ke atas yang dirampas juga mendapati tidak dilekatkan dengan setem cukai dan tiada mempunyai tanda amaran kesihatan oleh kerajaan.

Menurut beliau, dalam serbuan terbaru pada 15 April lalu, bahagian penguatkuasaan Zon Tengah, Unit III LTAKL menahan dan menyita sejumlah 200,000 batang rokok putih.

Katanya, dagangan telah diikrarkan sebagai 'console' bagi mengaburi pihak berkuasa.

Dalam pada itu, beliau berkata, JKDM berjaya menahan dua lelaki warga Asia Selatan yang cuba menyeludup masuk tembakau kunyah berjumlah 85.2 kilogram.

Kata beliau, setiap seorang suspek yang berusia 30-an membawa masuk tiga bagasi berisi tembakau kunyah.

"Hasil pemeriksaan rapi, dagangan disyaki tembakau kunyah dirampas dan suspek juga gagal mengemukakan permit yang sah bagi pengimportan barangan tersebut.

"Suspek dipercayai tidak akan berada lama di Malaysia kerana akan bergerak pulang ke negara mereka selepas selesai menyerahkan barangan tersebut," ujarnya.