Padi dalam sekolah

Iklan
Padi jenis PR23 yang sudah dituai pada Majlis Tuaian Sulung Padi Dalam Sekolah yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Datuk Zolkafly Harun di Sekolah Kebangsaan (SK) Rapat Setia hari ini.

Hasil tuaian pertama projek penanaman padi jenis PR23 itu telah menghasilkan lebih 120 kilogram (kg) beras yang telah ditanam sejak Oktober tahun lalu. Ia juga merupakan projek penanaman padi dalam sekolah bandar yang pertama dilaksanakan di Malaysia.