Faisal Halim disimbah asid, Hannah Yeoh gesa PDRM ambil tindakan segera

Iklan
Hannah Yeoh (kiri) dan tangkap layar hantaran Hannah di Aplikasi pada Ahad

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim pada Ahad.

Menerusi satu hantaran di Aplikasi X, beliau menegaskan bahawa keganasan tidak sepatutnya berlaku dalam bidang sukan negara.

Iklan
Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Faisal atau lebih dikenali sebagai 'Mickey' telah disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, pemainSelangor FC itu kelihatan mengalami kecederaan di badan dan tangan akibat kejadian tersebut.

Iklan

Bagaimanpun, dia telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan ini merupakan kes kedua melibatkan pemain bola sepak.

Sementara itu, Selangor FC telah mengesahkan kejadian terbabit dan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti individu yang terlibat.

Iklan

"Selangor FC memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama dengan pihak PDRM serta pihak berkuasa untuk melaksanakan siasatan terperinci untuk mengenal pasti sesiapa yang terlibat.

"Selangor FC menyeru penyokong dan peminat bola sepak seluruh negara untuk mendoakan dan memberi sokongan moral kepada Faisal Halim sekeluarga serta menghormati privasi beliau dan keluarganya pada masa ini," kata kenyataan itu.

Pada Khamis, pemain bola sepak Terengganu FC, Akhyar Rashid disamun di hadapan sebuah kondominium di Kuala Terengganu.

Akhyar mengalami kerugian lebih RM4,800 selain dipukul menggunakan senjata besi boleh laras.

Akibat kejadian itu, Akhyar dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menerima enam jahitan iaitu empat jahitan pada bahagian atas kepala dan dua jahitan di atas tapak kaki kiri selain sakit pada anggota badan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!