Johor kenal pasti 120 'hotspot' banjir, PBT diminta atasi segera
Iklan
Anggota Balai Polis Batu Ampat digerakkan bagi membantu serta memantau kawasan kediaman penduduk yang terjejas ekoran banjir kilat di daerah Kota Tinggi. Foto Polis Kota Tinggi
JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengenal pasti sebanyak 120 lokasi panas yang kerap berlakunya banjir di seluruh negeri ini.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, justeru itu kesemua 16 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diminta menyelesaikan masalah itu di kawasan masing-masing secara berfasa dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Iklan
Iklan
"Sebagai contoh, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyasarkan menyelesaikan masalah banjir di 15 hotspot mereka dalam tempoh dua tahun. Mereka sediakan peruntukan RM15 juta bagi tahun ini dan tahun depan.
"Begitu juga Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) yang turut menyasarkan untuk mengatasi masalah banjir di kawasan hotspot mereka dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja pembinaan tebatan banjir di Presint 10, Taman Setia Indah di sini pada Ahad.
Iklan
Beliau turut berharap kesemua 16 PBT di seluruh negeri dapat merancang langkah mengatasi masalah banjir bagi jangka masa panjang di kawasan masing-masing sekali gus memastikan isu itu dapat diatasi sepenuhnya.
"Kita perlu memikirkan untuk tempoh sehingga 10 tahun akan datang kerana masih terdapat banyak kawasan pembangunan yang sedang dirancang," katanya sambil menambah kaedah menyelesaikan masalah yang hanya menumpukan di sesuatu kawasan terjejas sudah tidak relevan pada masa kini.
Iklan
Berhubung projek tebatan banjir di Presint 10 itu, Mohd Jafni berkata, MBJB memperuntukkan RM6.5 juta untuk pembinaan tembok setinggi dua meter dan sepanjang jarak 430 meter itu.
"Lokasi ini merupakan antara hotspot berlaku banjir lebih daripada 10 kali dalam tempoh 10 tahun lepas. Ini merupakan penyelesaian jangka panjang yang dibuat pihak bertanggungjawab," katanya. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.