Mohd Khairi dilantik Ketua Polis Terengganu
Iklan
Majlis serah tugas antara Mazli (kiri) bersama Mohd Khairi (kanan) turut disaksikan Sahabudin (tengah) di IPK Terengganu.
KUALA TERENGGANU - Datuk Mohd Khairi Khairudin dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu berkuat kuasa pada Ahad.
Beliau yang sebelum ini menjawat jawatan Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan menggantikan Datuk Mazli Mazlan.
Iklan
Iklan
Mazli pula bertukar ke agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu bagi menyandang jawatan menggantikan Mohd Khairi.
Majlis serah terima tugas itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dekat sini.
Iklan
Majlis tersebut turut disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLOG) Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd Manan.
Sementara itu, Mazli berkata, pelbagai pencapaian telah direalisasikan sepanjang mengetuai Kontinjen Terengganu sejak menjadi Ketua Polis Negeri pada 3 Mei tahun lepas.
Iklan
"Antara pencapaian dijalankan ialah penurunan kadar indeks jenayah, pencapaian tempat pertama Ops Selamat Aidilfitri 2024 serta kelancaran pilihan raya umum (PRU), pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK)," ujarnya.
Mohd Khairi
Bagi Mohd Khairi yang mempunyai pengalaman selama 32 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau mahu menggunakan pengalaman dengan Unit Tindakan Khas (UTK) dan Nadma bagi memacu kejayaan Kontinjen Terengganu.
"Saya akan meneruskan misi untuk memastikan ketenteraman awam di Terengganu sentiasa dijaga selain mengurangkan kadar jenayah di negeri ini," ujarnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>