ASNB lancar platform RIA, raih 6 juta pelaburan

Iklan
Raja Arshad (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Pelaburan PNB, Rick Ramli (dua dari kanan) melakukan gimik Pelancaran Penasihat Pelaburan Robo (RIA) di IOI City Mall Putrajaya pada Sabtu. Turut bersama Muzzaffar (kiri) dan Naib Presiden, Robo Advisory ASNB, Mohd Izzat Fadhli Azman. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

PUTRAJAYA - Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melancarkan Penasihat Pelaburan Robo (RIA) secara berperingkat sejak 11 Mac lalu menerima 60,000 pengguna platform itu.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Muzzaffar Othman berkata, seramai 16,000 pengguna yang mula melabur dalam platform tersebut turut meraih sebanyak RM6 juta pelaburan.

Muzzaffar (kiri) dan Raja Arshad (tengah) mendengar penerangan daripada Ketua Pegawai Pelaburan PNB, Rick Ramli pada Majlis Pelancaran Penasihat Pelaburan Robo (RIA) di IOI City Mall Putrajaya pada Sabtu. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Iklan
Iklan

"Kita ada lebih tiga juta pengguna dalam aplikasi ASNB dan daripada jumlah itu, seramai 60,000 pengguna yang berdaftar dengan RIA, namun setakat ini hanya 16,000 yang berani melabur dalam platform ini.

"Kita berikan akses sepenuhnya untuk pengguna menggunakan RIA pada 28 Mac lalu,” katanya ketika Majlis Pelancaran RIA di pusat beli-belah IOI City Mall Putrajaya di sini pada Sabtu.

Iklan

Pelancaran itu dilakukan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dan diiringi dengan ahli lembaga syarikat tersebut.

Reruai ASNB berlangsung selama empat hari di pusat beli-belah itu sejak 2 hingga 5 Mei.

Iklan

Tambah Muzzaffar, selain majlis pelancaran, pengunjung berpeluang menerokai RIA dan perkhidmatan pelaburan ASNB lain termasuk membuka akaun baharu, mengemas kini butiran, membuka kemudahan Auto Labur dan banyak lagi.

Muzzaffar berucap pada Majlis Pelancaran Penasihat Pelaburan Robo (RIA) di IOI City Mall Putrajaya pada Sabtu. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Ujarnya, reruai itu juga menawarkan pelbagai permainan interaktif dan aktiviti menarik, sesuai untuk semua peringkat umur.

"ASNB menawarkan pengalaman interaktif untuk mengetahui tentang RIA dan bertujuan memberi inspirasi serta mendidik orang ramai tentang kepentingan melabur.

"Kami memperkasakan individu untuk memulakan perjalanan pelaburan mereka dengan yakin,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!