PRK KKB: Satu kertas siasatan dibuka, tiga laporan polis diterima

Iklan
Anggota polis sentiasa memantau proses berkempen yang berlangsung di PRK KKB sejak 27 April lalu. Foto PDRM

KUALA KUBU BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya membuka satu kertas siasatan sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) yang bermula 27 April lalu sehingga Khamis.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kertas siasatan yang dibuka itu akan dilakukan di bawah Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Iklan
Iklan

"Selain satu kertas siasatan dibuka, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) juga menerima tiga laporan sehingga hari ini (Khamis).

"Sepanjang tempoh berkempen, pihak kami telah meluluskan sebanyak 28 permit ceramah serta 25 permit kempen," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Tempoh berkempen adalah 14 hari iaitu bermula 27 April hingga 10 Mei ini.

Ahmad Faizal berkata, bagi memastikan setiap kempen atau ceramah dijalankan mematuhi undang-undang ditetapkan, pihak polis telah membuat pemantauan di setiap lokasi kempen atau ceramah dijalankan.

Iklan
Anggota polis sentiasa memantau proses berkempen yang berlangsung di PRK KKB sejak 27 April lalu. Foto PDRM

Setakat ini, kata beliau, kempen yang dilaksanakan oleh parti-parti bertanding berlangsung dalam keadaan harmoni, teratur serta terkawal.

Tegas beliau, pihak polis menyeru supaya proses berkempen yang dijalankan secara sihat sehingga ini dapat diteruskan dan dikekalkan sehingga tempoh berkempen berakhir.

"Pihak polis menasihatkan semua calon yang bertanding serta kumpulan penyokong menghormati dan mematuhi lunas undang-undang yang ditetapkan sepanjang PRK ini berlangsung.

"Elakkan daripada membuat sebarang provokasi dan perkara yang boleh menimbulkan insiden yang tidak diingini, seterusnya boleh menggugat keselamatan serta ketenteraman awam," ujarnya.

Tambahnya, sekiranya berlaku sebarang permasalahan, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang sedia ada.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!