Hero Komuniti UniSZA pupuk semangat sukarelawan
Iklan
Muhammad Nasir (tengah) bersama Mohd Hafiz (kanan) semasa program Majlis Pelancaran Kesukarelawanan Hero Komuniti Fakulti Sains Sosial Gunaan di UniSZA, pada Selasa.
KUALA NERUS - Kesukarelawanan Hero Komuniti mampu memupuk semangat kepada pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk terus menyumbang tenaga secara sukarela kepada masyarakat dan negara dalam pelbagai platform.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniSZA, Profesor Madya Datuk Ts Dr Mohd Hafiz Yusoff berkata, program sedemikian dapat mendedahkan kepada pelajar kepada kehidupan sebenar masyarakat selain menghidupkan budaya sukarelawan menerusi pelbagai khidmat komuniti.
Iklan
Iklan
"Seramai 74 pelajar menyertai program Kesukarelawan Hero Komuniti Fakulti Sains Sosial Gunaan ini yang bertujuan memberi semangat kepada pelajar untuk menyumbang terhadap komuniti dalam apa konsep sekali pun.
"Dalam perancangan jangka masa panjang ia mampu menjadikan pelajar cepat menyesuaikan diri dengan keadaan baharu serta sentiasa mencari peluang untuk beri sumbangan pada komuniti," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kesukarelawanan Hero Komuniti Fakulti Sains Sosial Gunaan di UniSZA di sini pada Selasa.
Turut hadir, Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.
Muhammad Nasir (tiga dari kiri) bersama Mohd Hafiz (tengah) ketika program melepaskan hampir seratus burung merpati ke udara sebagai tanda solidariti kepada Palestin.
Iklan
Mengulas lanjut, Mohd Hafiz berkata, pihaknya menggalakkan penganjuran program yang mempunyai banyak pengisian terutama melibatkan konsep kepimpinan, kesukanan, kesukarelawan dan sebagainya.
"Di setiap fakulti kita amat galakkan mahasiswa supaya terlibat serta membangunkan program-program bersifat kemasyarakatan dan khidmat bakti pada komuniti," ujarnya.
Acara melepaskan burung merpati di Padang New Zealand di UniSZA sebagai tanda solidariti kepada Palestin.
Sementara itu, Mohd Hafiz berkata, pihaknya turut mengadakan program melepaskan hampir seratus burung merpati ke udara sebagai tanda solidariti kepada Palestin.
"Selesai sahaja program (Majlis Pelancaran Kesukarelawan Hero Komuniti), kita adakan program melepaskan burung merpati di Padang New Zealand di UniSZA ini sebagai simbolik kepada solidariti terhadap 'Free Gaza' dan 'Free Palestin'.
"Program ini juga dapat memberi kesedaran kepada semua pihak terhadap perjuangan menentang rejim Zionis selain berdoa untuk rakyat di Palestin agar sentiasa diberi ketabahan dalam mengharungi cabaran di sana," ujarnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>