ECRL: Terengganu sedia terima lonjakan pelancong, janjikan limpahan ekonomi untuk rakyat

Iklan
Ahmad Samsuri

​KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu bersedia menerima peningkatan kemasukan jumlah pelancong susulan pengoperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka bermula pertengahan Disember depan.

​Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kehadiran rangkaian pengangkutan moden itu bukan sahaja merancakkan sektor pelancongan, malah membuka dimensi baharu kepada rakyat untuk menjana pendapatan menerusi perniagaan dan pengangkutan barangan.

Iklan
Iklan

​Bagaimanapun, katanya, kemudahan itu hanya akan memberi limpahan ekonomi yang bermakna sekiranya ia dimanfaatkan secara optimum dan disusuli dengan perancangan oleh pengusaha serta pemain industri tempatan.

​"Kalau di rumah kita ada lori atau van tetapi kenderaan itu tidak bergerak, ia tidak akan mendatangkan apa-apa hasil.

Iklan

​Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) di Wisma Darul Iman di sini pada Rabu.

​Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Samsuri memaklumkan, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) kini sedang merancakkan persiapan bagi memastikan kesediaan stesen, termasuk kelengkapan premis perniagaan dan perkhidmatan lain dengan penyelarasan bersama kerajaan negeri.

Iklan

​Sebagai persiapan fasa akhir, katanya, beliau bersama Ahli-ahli MMKN dijadual menyertai sesi percubaan menaiki tren ECRL dari Kuala Terengganu ke Gombak pada penghujung bulan ini.

​"MRL sudah melakukan beberapa sesi ujian di peringkat teknikal dan insyaALLAH pada akhir bulan ini, ia mungkin menjadi sesi percubaan terakhir sebelum perkhidmatan mula beroperasi pada pertengahan Disember," ujarnya.

​Ditanya mengenai unjuran khusus pertumbuhan ekonomi hasil pengoperasian ECRL, beliau menjelaskan perkara itu memerlukan pengiraan terperinci.

​Katanya, impak sebenar hanya dapat dinilai berdasarkan lonjakan aktiviti pengangkutan serta sejauh mana pemain industri tempatan merebut peluang daripada infrastruktur bernilai bilion ringgit itu.