Manfaat sebaiknya Grup WhatsApp

Iklan
Gambar hiasan

BOLEH dikatakan hampir semua pengguna telefon pintar memiliki aplikasi WhatsApp.

Biasanya pengguna WhatsApp memanfaatkan kelebihan aplikasi itu dengan mewujudkan grup bagi mencipta ruangan perbualan secara luas dan terbuka untuk pelbagai urusan.

Iklan
Iklan

Ada grup memang menyeronokkan, yang jauh di mata boleh dekat di hati. Macam-macam boleh berkongsi gambar, video dan berborak macam-macam hal.

Duduk sahaja di rumah pun boleh berborak dengan kawan, jiran dan adik-beradik yang duduk di serata negeri malah negara. Bukan itu sahaja, maklumat mahupun info juga mudah disebar dan diterima.

Iklan

Tapi di sebalik kebaikan aplikasi ini, sudah pasti terselit keburukan yang mungkin boleh membawa kita kepada pendakwaan di mahkamah!

Seperti kes terbaharu yang terjadi di Buttorworth, Pulau Pinang, seorang pesawah didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan memberi komen yang menyentuh isu kaum, raja dan agama (3R) menerusi aplikasi berkenaan pada minggu lalu.

Iklan

Ingatlah rakyat Malaysia, sentiasalah berhati-hati dan jangan sesekali sewenang-wenangnya mengeluarkan komen yang sensitif di dalam grup WhatsApp terutamanya menyentuh isu tersebut.

Manfaat sebaiknya apabila menggunakan semua ruangan sosial media seperti WhatsApp, Facebook, Instagram dan sebagainya, pastikan komen-komen yang dibuat itu benar dan berasas.

Selain itu, kerajaan juga perlu bersikap adil dalam menguatkuasakan undang-undang agar perbuatan fitnah dan menghasut menerusi media sosial tidak berleluasa.