Aktiviti pembalakan didakwa berlaku di Bukit Beserah

Iklan
Jengkaut turut kelihatan di kawasan tersebut (kiri). - Foto: FB Mukim Beserah. Tangkap layar Facebook sebuah daerah yang memaklumkan menerima pesanan daripada penduduk berhubung aktiviti pembalakan di kawasan itu pada Isnin (kanan).

KUANTAN - Beberapa gambar tular di media sosial yang mendakwa berlakunya aktiviti pembalakan di Bukit Beserah dekat sini.

Pendedahan tersebut muncul di halaman Facebook sebuah daerah pada Isnin yang memaparkan beberapa gambar termasuk sebuah jengkaut yang dikatakan berada di lokasi terbabit.

Iklan
Iklan

Maklumat tersebut kemudiannya dikongsi di beberapa halaman lain di laman sosial sama yang turut mengutarakan isu tersebut pada pagi Selasa.

Pemilik halaman media sosial terbabit melalui hantarannya melalui aplikasi Whatsapp berkata, aktiviti pembalakan tersebut berlaku di kawasan bijih di belakang Taman Perumahan Dato Rashid sejak beberapa hari lalu dan berlarutan sehingga waktu malam.

Iklan

Lebih menyedihkan apabila aktiviti pembalakan itu didakwa dilakukan di kawasan tadahan hujan Bukit Beserah yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada ekosistem alam semula jadi di Beserah.

Tangkap layar pendedahan aktiviti pembalakan di halaman Facebook yang tular pada Selasa.

Ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam populasi spesies tempatan, kehilangan habitat hidupan liar dan penurunan kualiti alam sekitar secara keseluruhan.

Iklan

Oleh itu, adalah penting untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan kelestarian hutan dan ekosistem di Beserah.

Sebanyak 22 perkongsian telah dibuat oleh warga maya dan hampir 200 meninggalkan pelbagai tanda termasuk emoji 'marah'.

Seramai 33 pemilik laman sosial turut meninggalkan pelbagai komen antaranya, Zulkifly Jalil Almalir berkata" Bukit pelindung Beserah semambu semua dah ada nama dah setiap tanah tepian kaki bukit itu..Hutan simpan kot mana?.

Pak Jik pula berkata"Kerajaan silih berganti, manusia penjahanam alam demi habuan perut tetap kekal wujud seperti biasa," manakala pemilik akuan Izzat Beserah meminta perkara itu dilaporkan kepada pihak polis.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu ketika dihubungi memaklumkan aktiviti pembalakan yang didakwa berlaku di Bukit Beserah itu dijalankan di bawah lesen tanah milik.

Jelasnya, ia mempunyai lesen pembalakan yang sah dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

"Berdasarkan maklumat balas diterima daripada Pejabat Hutan tiada penebangan di luar kawasan lesen.

"Had pengeluaran kayu dianggarkan 900 batang di atas tanah berkeluasan 3.24 hektar," katanya ringkas.