Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil

Iklan
Gambar hiasan

RAUB - Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes merusuh dengan menggunakan senjata membabitkan sekumpulan lelaki di sebuah kuil dekat Bukit Koman pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman berkata, pihak polis menerima panggilan kira-kira jam 2.46 petang berhubung pergaduhan terbabit dan bantuan dikerahkan ke lokasi untuk mengawal situasi.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati punca pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki dianggarkan 10 hingga 15 lelaki apabila pemilik kenderaan yang ingin mengeluarkan kenderaan dari kawasan kuil namun terhalang oleh deretan kenderaan lain.

"Tiga lelaki yang cedera dalam kejadian itu bagaimanapun telah dibawa ke Hospital Raub untuk rawatan susulan," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Menurutnya, selain empat lelaki yang telah ditahan, pihak polis kini sedang mengesan dan mengenal pasti suspek yang masih bebas setelah identiti mereka yang terlibat dikenal pasti.

"Sehubungan dengan itu, individu yang terlibat dalam pergaduhan tersebut serta yang mengetahui serta mengenal pasti mereka yang terlibat dikehendaki tampil bagi membantu siasatan.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam dengan menggunakan senjata," jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd Shahril menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

"Sebarang maklumat boleh terus disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohammad Alif Azami di talian 011-19133262 atau Bilik Gerakan IPD Raub, 09-355 2222," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!