Polis serbu makmal proses dadah, 13 individu diberkas

Iklan
Kok Chin (dua dari kanan) menunjukkan dadah yang dirampas.

KAJANG - Polis berjaya menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah susulan tangkapan 13 individu termasuk lima wanita serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.48 juta dalam serbuan berasingan sekitar Lembah Klang, pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, kesemua individu yang ditahan berusia 21 hingga 51 tahun.

Iklan
Iklan

"Kesemua individu itu berperanan sebagai ahli kimia untuk memproses dadah, 'transporter', koordinator dan 'runner'," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, di sini pada Isnin.

Katanya, serbuan pertama, pihaknya menahan seorang lelaki yang memandu kereta Honda City di jalan utama Cheras Kajang Expressway.

Iklan

"Hasil pemeriksaan di belakang kereta itu, kita menjumpai 1,200 bungkusan dadah heroin seberat 2.441 kilogram (kg)" katanya

Beliau berkata, hasil soal siasat, polis menyerbu sebuah rumah teras mewah di Semenyih, di sini yang dijadikan sebagai makmal memproses dadah.

Iklan

"Kita telah menjumpai sebuah beg yang mengandungi 16 bungkusan plastik lutsinar berisi dadah heroin seberat 7.31 kg, satu plastik berisi bahan kimia mengandungi dadah seberat 4.583 kg.

"Kita turut merampas lapan botol kaca bahan kimia yang mengandungi dadah seberat 13.644 kg serta pelbagai peralatan untuk memproses dadah," katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas 26.25 kg dadah syabu seberat 26.25 kg, heroin (55.33 kg) dan ganja (4,208 kg) dalam serbuan di sebuah kondominium di ibu kota.

Kok Chin berkata, modus operandi sindiket yang bergiat aktif sejak tahun lalu itu adalah memproses dadah di rumah teres sebelum dihantar ke kondominium untuk pembungkusan, kemudian diedarkan kepada tokan.

"Sindiket ini menjalankan pengedaran dadah jenis syabu, heroin dan pil ekstasi melalui perkhidmatan kurier," katanya.

Beliau berkata, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, di mana JSJN telah menyita pelbagai aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM1.08 juta.

"Kita telah menyita sembilan kereta, sebuah lori, tiga motosikal, wang tunai bernilai RM213,000 dan barang kemas," katanya.

Kok Chin berkata, semakan rekod jenayah mendapati hanya lima suspek mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah dan jenayah.

"Ujian saringan awal mendapati dua suspek positif dadah. Kesemua suspek direman selama enam hari bermula Sabtu hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!