Wanita berputih mata, wang simpanan RM127,000 lesap

Iklan
Seorang wanita berusia 47 tahun berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM127,000 lesap gara-gara terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Seorang wanita berusia 47 tahun berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM127,000 lesap gara-gara terpedaya dengan skim pelaburan dalam talian.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, wanita berkenaan tertarik dengan skim pelaburan tersebut yang menawarkan keuntungan segera dan berlipat ganda.

Iklan
Iklan

"Mulanya, mangsa melabur sejumlah wang dan mendapat pulangan melebihi 100 peratus daripada wang pelaburan menyebabkan mangsa menggandakan jumlah pelaburan, namun tiada sebarang pulangan.

"Sebaliknya, mangsa pula diarahkan membuat bayaran tambahan atas pelbagai alasan membuatkan mangsa sedar telah ditipu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

Siasatan juga akan meliputi penglibatan 'kedai akaun' sekiranya ada dan tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun terlibat.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!